vxlogo enovate 2017

 

Lawatan Kolej Komuniti Arau

Gambar Lawatan Kolej Komuniti Arau

20 September 2017 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) telah menerima lawatan dari Kolej Komuniti Arau, Perlis seramai 42 orang yang terdiri daripada 40 orang pelajar dan dua orang pensyarah.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MYREN serta membina dimensi baru kepada kerjasama erat di antara Kolej Komuniti Arau, Perlis dengan PPKT. Rombongan pelawat telah disambut oleh En. Shahrul Ismi selaku ketua Seksyen Rangkaian Dan Pusat Data, PPKT. Pelawat seterusnya dibawa ke bilik seminar untuk sesi perkongsian ilmu mengenai MYREN, Pusat Data, ‘Sharepoint’ dan servis yang disediakan oleh PPKT. Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh En. Shananaz Asree, En. Ruzaimi Azizan, En. Shahrul Ismi dan Pn. Zaiyana Hussin.

 Lawatan telah diakhiri dengan lawatan ke bilik server (server farm) yang terletak di bangunan D18 di mana semua pelajar dan pensyarah yang menghadiri lawatan ini telah diberi peluang untuk masuk dan melihat sendiri secara lebih dekat keadaan bilik server sambil diberi penerangan terperinci oleh staf-staf yang bertanggungjawab menyelia bilik server tersebut.

 

Teks & gambar : Md Badro


.