vxlogo enovate 2017

 

  • Utama
  • Aktiviti & Hebahan
  • Aktiviti
  • Info@PPKT
  • Program Pembinaan Pasukan Staf PPKT Siri 2

Program Pembinaan Pasukan Staf PPKT Siri 2

Gambar Team building PPKT Siri 2

8  September 2017 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi telah mengadakan program ‘Team Building’ PPKT 2017 yang bertempat di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Perak selama tiga hari 08 – 10 September 2017. Program ‘Team Building’ PPKT 2017 ini adalah kesinambungan bagi program Pembinaan Pasukan Staf PPKT 2016 yang telah diadakan di Kem Bina Negara Kaki Bukit, Perlis. Program ini telah dibimbing oleh barisan fasilitator yang dijemput dari Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri. Program kali ini disertai seramai 69 orang perserta yang terdiri daripada staf PPKT Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan, Kampus Kesihatan dan IPPT.

Objektif program adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan berpasukan serta membina ukwah dalam kalangan staf PPKT di antara keempat-empat kampus. Program ‘Team Building’ PPKT 2017 ini telah diberi nafas baru berbanding dengan program yang telah diadakan pada tahun 2016 dengan menambahkan aktiviti ‘explorace’ dan juga acara ‘uni-pole’ ke dalam slot kecerdasan fizikal. Kesabaran dan semangat berpasukan yang tinggi amat diperlukan untuk menyelesaikan kedua-dua cabaran ini. Timbalan-Timbalan Pengarah PPKT turut hadir sama sebagai peserta dan Pengarah PPKT juga hadir dalam program ini. Pada sesi rumusan di akhir program Tuan Pengarah telah menyatakan hasrat beliau untuk mengadakan ‘Team Building’ PPKT siri 3 setelah mendapat maklumbalas yang memberansangkan daripada timbalan-timbalan beliau di akhir program.

Matlamat program ini untuk memupuk semangat kerjasama dan membina ukwah yang lebih erat dalam kalangan staf dilihat dapat dicapai dengan jayanya melalui maklumbalas positif yang diperolehi dari peserta yang hadir.

 

Teks & gambar: Md Badro


.