vxlogo enovate 2017

 

  • Utama
  • Aktiviti & Hebahan
  • Aktiviti
  • Info@PPKT
  • Lawatan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Lawatan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Lawatan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

13 Februari 2018 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi telah menerima lawatan dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah. Lawatan penanda aras ini telah dihadiri seramai 22 orang tenaga pengajar dari Jabatan Matemarik, Sains Dan Komputer, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.            

Ketibaan rombongan ini telah disambut oleh CIO/Pengarah PPKT dan staf PPKT yang lain. CIO/Pengarah PPKT telah memberikan kata-kata aluan dan memperkenalkan PPKT kepada rombongan berkenaan. Majlis diteruskan oleh Puan Norila Manap untuk sesi perkongsian ilmu dan maklumat mengenai cara menggunakan serta fungsi-fungsi yang terdapat dalam E-Learning. Sesi perkongsian ilmu dan maklumat seterusnya telah disampaikan oleh Dr. Aidi Ahmad yang mewakili Prof. Abdul Karim selaku felo CDAE untuk berkongsi mengenai cara menggunakan pautan “Padlet” dan “Todaysmeet.com” sebagai salah satu medium untuk mengajar secara lebih interaktif dan medium untuk berinteraksi dengan pelajar. Pelawat turut diminta untuk bersama-sama mencuba portal-portal ini.

Selesai aktiviti di bilik seminar, majlis diteruskan dengan sesi bergambar dan sesi bertukar cenderamata di antara kedua-dua pihak. Para pelawat kemudiannya dibawa untuk melawat bilik server dan Pusat Data PPKT yang terletak di bangunan D18 serta melawat bilik operator untuk melihat sendiri bagaimana para staf mengendalikan rangkaian dan telefon di USM Kampus Induk ini. Pada jam lebih kurang 12.30 tgh hari, program lawatan ini telah selesai dengan jayanya. Kepada Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, semoga kita berjumpa lagi!

 

Teks & Gambar : Nizam


.