vxlogo enovate 2017

 

  • Utama
  • Aktiviti & Hebahan
  • Aktiviti
  • Info@PPKT
  • Pasukan PPKT Juara Boling Tenpin SUKJAP 2018

Pasukan PPKT Juara Boling Tenpin SUKJAP 2018

Bowling SUKJAP 2018

03 Mac 2018 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi telah menghantar satu pasukan boling untuk bertanding dalam Pertandingan Boling Tenpin SUKJAP 2018. Pasukan boling PPKT ini diwakili oleh En. Aznizam Bukhari, En. Azam Bin Azmi, En. Ahmad Benyamin dan En. Mohd Shahanaz Bin Asree. Pertandingan ini diadakan di Classic Bowling & Cafe, Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Sebanyak hampir 42 pasukan telah menyertai pertandingan ini sehinggakan pertandingan ini terpaksa diagihkan kepada dua slot iaitu slot pagi dan slot petang kerana tempat acara boling ini dijalankan hanya mampu menampung sebanyak 26 pasukan pada satu masa. Penyertaan yang diluar jangkaan ini adalah kerana ini merupakan julung-julung kalinya pertandingan boling diadakan sebagai salah satu acara di dalam SUKJAP USM. Kehadiran Naib Canselor USM iaitu Y.Bhg. Profesor Datuk Dr. Asma Bt Ismail, FASc merasmikan pertandingan boling dan merasmikan SUKJAP 2018 membuatkan kebanyakan PTJ dan Jabatan menghantar pasukan mereka seramai mungkin sebagai tanda sokongan dan bagi memeriahkan suasana.

Pasukan dari PPKT telah dislotkan di dalam slot petang yang bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.45 petang telah dinobatkan sebagai Johan pertandingan boling kali ini dan salah seorang wakil peserta dari PPKT, En. Aznizam Bukhari telah menyandang tempat kedua untuk jatuhan pin tertinggi individu manakala tempat pertama dimenangi oleh En. Shafiq dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat.

Acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah yang disampaikan sendiri oleh Naib Canselor USM merupakan acara kemuncak dan acara terakhir sebelum acara ini ditamatkan sepenuhnya lebih kurang jam 6.00 petang.

 

Teks & Foto:   Nizam


.