vxlogo enovate 2017

 

CIO Talk - 2018 (Siri 2)

CIO Talk Ogos 2018

29 Ogos 2018 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) telah menganjurkan satu program CIO Talk bagi sesi separuh tahun 2018. Program ini telah diadakan di Bilik Seminar PPKT dengan kehadiran staf PPKT Kampus Induk sahaja.

Acara dimulakan dengan majlis bacaan Yassin dan tahlil yang diketuai oleh saudara Norizan Bin Abu Bakar. Selesai sesi bacaan Yassin dan tahlil, majlis diserahkan oleh MC kepada CIO PPKT bagi memulakan sesi CIO Talk. Dalam CIO Talk kali ini, tiga tajuk utama telah dipilih oleh CIO untuk dikongsikan dengan semua staf PPKT iaitu pencapaian & aktiviti PPKT 2018, agenda pemusatan & fokus PPKT. Antara pencapaian besar PPKT dalam tempoh separuh tahun 2018 adalah PPKT telah memperoleh sijil MS ISO 27001:2013 Information Security Management System (ISMS) daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd. Skop pensijilan ini meliputi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat Sistem Makumat Universiti-Pelajar (SMU-P) dan SMU-Staf.

Mengenai agenda pemusatan pula CIO menyampaikan serba sedikit berkenaan proses pemindahan staf-staf & perkhidmatan yang terletak di Bangunan D18 & D37 ke Eureka. CIO turut menegaskan bahawa proses ini perlu dilaksanakan kerana sudah terlalu lama tergendala dan sekiranya tidak diselesaikan segera mungkin akan tertangguh lagi dan beliau mahu proses pemindahan ini selesai segera. Mengenai fokus 2018 pula, CIO telah menerangkan bahawa fokus utama PPKT bagi tahun 2018 ini antaranya adalah meningkatkan kualiti perkhidmatan infostruktur, menambahbaik pengalaman pelanggan dan memantapkan perkhidmatan servisdesk PPKT.

Selesai sesi CIO Talk semua staf dijemput untuk ke jamuan kenduri kesyukuran yang telah diadakan oleh CIO PPKT.

 

Teks & Gambar : Aznizam Bukhari


.