vxlogo enovate 2017

 

  • Utama
  • Aktiviti & Hebahan
  • Aktiviti
  • Info@PPKT
  • PPKT Memperolehi Sijil MS ISO/IEC 27001:2013 ISMS

PPKT Memperolehi Sijil MS ISO/IEC 27001:2013 ISMS

Sijil ISMS size 800

7 Disember 2018 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) telah memperolehi pensijilan MS ISO/IEC 27001:2013 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (Information Security Management System) (ISMS) daripada pihak SIRIM QAS International Malaysia Sdn. Bhd. Tempoh sah sijil yang dikeluarkan pada 25 Mei 2018 selama 3 tahun akan berakhir pada 24 Mei 2021. Dalam tempoh 3 tahun tersebut, beberapa proses audit tahunan akan dijalankan mengikut jadual. Skop pensijilan yang telah diterima pakai adalah:

Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat untuk Sistem Maklumat Universiti – Pelajar (SMU-P) dan Sistem Maklumat Universiti – Staf (SMU-S) di Kampus Induk, USM, Pulau Pinang

Objektif ISMS tersebut adalah untuk mengurus dan melindungi keselamatan maklumat untuk kedua-dua sistem maklumat utama universiti, selaras dengan keperluan dan kehendak pemegang taruh (stakeholders). Ia menekankan kepada konsep atau prinsip keselamatan maklumat iaitu pemeliharaan kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan maklumat dicapai dengan lebih selamat.

Pihak The International Certification Network (IQNet) juga telah menganugerahkan sijil penghargaan kepada mana-mana organisasi yang telah mendapat pensijilan mengikut skim pensijilan yang diperolehi dalam tempoh tertentu bagi tahun 2017 dan 2018. USM, melalui PPKT juga telah menerima Sijil Penghargaan tersebut di dalam Majlis SIRIM – Industri 2018 yang telah berlangsung di Putrajaya Marriott Hotel, Putrajaya pada 15 November 2018 lalu.

Sempena anugerah pensijilan tersebut, YBhg. Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, FASc, Naib Canselor USM telah merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Pengarah dan seluruh warga PPKT:

“Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat tuan dan warga PPKT khususnya untuk terus melakar kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan serta bersama-sama merekayasa USM sebagai sebuah Universiti Pilihan” – Naib Canselor USM

Tahniah PPKT!!

 

Teks & gambar : Rashid


.