vxlogo enovate 2017

 

Latihan Kawad Kebakaran PPKT (Bgn D18 & D37)

Gambar Kawad Kebakaran PPKT D18 D37

10 Oktober 2017 -  Pusat Pengetahuan, Komunikasi Dan Teknologi (PPKT) bangunan D18 dan D37 telah digemparkan dengan bunyi deringan  loceng daripada panel alat pencegahan kebakaran yang tidak berhenti berbunyi. Kejadian ini telah menyebabkan semua staf dan penghuni bangunan D18 (PPKT Aras Bawah, CDH Aras 1) dan D37 telah bergegas keluar daripada bangunan berkenaan. Sementara itu, diluar bangunan jelas dapat didengari teriakan “Api!...Api!…Api!..” yang menyebabkan semua penghuni bergegas keluar tanpa menyangkakan ia adalah satu latihan kawad kebakaran dan kecemasan yang dianjurkan oleh pihak pengurusan PPKT dengan kerjasama UKKP, Jabatan Pembangunan dan Jabatan Keselamatan.

Dalam taklimat kepada semua staf, wakil daripada UKKP iaitu Encik Mohd Asro Ramli memaklumkan latihan ini amatlah penting kerana ia tidak boleh dijangka bila akan berlaku dan ia juga boleh menyebabkan kehilangan nyawa jika kita lambat bertindak. Beliau memuji staf PPKT kerana telah berjaya meninggalkan bangunan dalam tempoh masa 4 minit 23 saat dan ia dibawah 5 minit seperti yang disasarkan. Kerjasama di antara staf bagi membantu yang kurang upaya supaya sama-sama meninggalkan premis juga diberi pujian.  Dalam kawad latihan ini juga diadakan demontrasi memadam api menggunakan alat pemadam api dengan cara yang betul dan berkesan. Pihak pengurusan PPKT berharap latihan ini dapat membantu staf jika berlaku kejadian yang sebenar.

 

Teks & Gambar : Md Badro


.