vxlogo enovate 2017

 

PPKT KE ARAH PENSIJILAN MS ISO/IEC 27001:2013 ISMS

MS ISO 27001

16 Ogos 2017 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) sedang melaksanakan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat MS ISO/IEC 27001:2013 Information Security Management System (ISMS) berkuatkuasa 1 Disember 2016 yang lalu. Skop pensijilan yang diusahakan adalah:

Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat Untuk Sistem Maklumat Universiti (SMU) Pelajar dan SMU Staf Di Kampus Induk, USM, Pulau Pinang.

Selain PPKT terdapat 4 lagi PTJ lain yang mempunyai kaitan secara langsung dengan MS ISO/IEC 27001 ini yang menyediakan beberapa proses sokongan yang diperlukan bagi menjayakan pensijilan tersebut:

  1. Pejabat Perundangan Universiti – penyediaan NDA dan kontrak perolehan
  2. Jabatan Pembangunan – penyelenggaraan infrastruktur elektrik/penghawa dingin
  3. Bahagian Sumber Manusia – tapisan keselamatan kemasukan staf ICT
  4. Seksyen Perolehan, Jabatan Bendahari – penilaian prestasi pembekal

Satu proses Audit Dalam MS ISO/IEC 27001:2013 ini telah berjaya dilakukan pada 13, 14 dan 16 Mac 2017 yang lalu oleh 2 orang staf PPKT dan 2 orang staf Perpustakaan Hamzah Sendut. Lanjutan daripada itu, satu proses audit Peringkat 1 oleh pihak badan akreditasi SIRIM QAS International Sdn. Bhd. akan diadakan pada 19 dan 20 Oktober 2017. Manakala audit Peringkat 2 dijangka akan diadakan pada bulan Disember 2017.

 

Teks:  Abdul Rashid


.