vxlogo enovate 2017

 

Majlis Bacaan Yassin & Tahlil (Januari 2018)

Bacaan Yassin Dan Tahlil Serta Perpindahan Harwani 260118

26 Januari 2018 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi dengan kerjasama Kelab PPKT sesi 2017/2018 telah mengadakan program pembuka tirai bagi tahun 2018 iaitu satu majlis bacaan Yassin dan tahlil yang bertempat di Bilik Seminar PPKT.

Majlis bacaan Yassin ini telah dipimpin oleh saudara Norizan Abu Bakar. Majlis bacaan Yassin dan tahlil yang bermula seawal 8.15 pagi itu diteruskan dengan ucapan daripada En. Zulham Hamdan sempena perpindahan Cik Harwani ke Kampus Kesihatan USM Kelantan. Satu sesi pemotongan kek dan juga penyampaian cenderahati kepada Cik Harwani juga turut diadakan sebagai tanda menghargai jasa beliau yang telah berkhidmat di PPKT selama hampir 10 tahun.

Majlis kemudian diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu dari pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Selain dari sesi perkongsian ilmu pihak PTPTN juga turut menyediakan booth pameran dan kaunter bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PTPTN, membuat semakan akaun PTPTN serta membuat pembayaran. Selain dari pihak PTPTN, pihak pentadbiran juga turut menjemput pihak Prudential BSN untuk berkongsi ilmu mengenai pelan hibah bersyarat yang merupakan produk terbaru Prudential BSN.

Program yang berakhir lebih kurang jam 10.30 pagi itu diakhiri dengan sedikit jamuan makan ‘portluck’ yang telah dibawa oleh staf-staf PPKT.

 

Teks & Gambar : Nizam


.