vxlogo enovate 2017

 

Kelab PPKT : “Tracking & BBQ”@CEMACS

Tracking BBQ 270118

27 Januari 2018 – Kelab PPKT telah mengadakan satu program riadah iaitu ‘Tracking & BBQ’ ke CEMACS yang terletak di Taman Negara Pulau Pinang. Program ‘Tracking’ merupakan acara wajib kelab PPKT setiap tahun dan pada tahun ini telah diketuai oleh En. Mahadi selaku Presiden Kelab PPKT sesi 2017/2018. Program yang disertai seramai hampir 45 orang peserta ini terdiri daripada staf-staf PPKT dan ahli keluarga staf PPKT.

Sekitar jam 9.45 pagi acara dimulakan dengan sesi bergambar kumpulan di sekitar ruang legar Taman Negara Pulau Pinang. Setelah melakukan sedikit sesi senaman regangan otot para peserta memulakan ‘tracking’ menuju ke CEMACS. Aktiviti ‘tracking’ ini telah diketuai oleh saudara Salehuddin Mohd Nor selaku ‘guider’ manakala saudara Irfan Afif dan saudara Zhafri berada di belakang sekali selaku ‘sweeper’. Para peserta telah berjaya sampai ke CEMACS setelah melalui cabaran ‘tracking’ yang mengambil masa lebih kurang 1 jam. Anak-anak staf PPKT yang turut serta menyertai aktiviti ini turut tidak melepaskan peluang untuk mandi manda di pantai CEMACS.

Sambil menikmati pemandangan pantai yang indah, pihak kelab PPKT juga telah mengadakan acara BBQ. Kebanyakan bahan untuk BBQ telah dibawa menggunakan bot. Setelah hampir 2 jam meluangkan masa menikmati pemandangan pantai dan menikmati hidangan BBQ para peserta mula bergerak pulang. Bagi staf yang membawa anak-anak kecil, mereka memilih untuk pulang ke pintu masuk Taman Negara Pulau Pinang menggunakan bot. Manakala ada beberapa staf yang memilih untuk ‘tracking’ pulang. Para peserta yang rata-ratanya berpuas hati dan ‘enjoy’ dengan aktiviti ini bersurai pada jam 2.30 petang.

 

Teks & Gambar : Nizam


.