vxlogo enovate 2017

 

Bengkel ‘Job Description’ FA29 (KUP) dan JA29 (KUP)

Bengkel JD FA29 JA29 KUP

22 Februari 2018 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi telah mengadakan bengkel ‘Job Description’ (JD) untuk semua staf PPKT yang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA 29 (KUP) dan Penolong Jurutera JA 29 (KUP) yang berkhidmat di PPKT. Bengkel selama satu hari ini telah diadakan di Bilik Seminar PPKT.

Bengkel dimulakan dengan sesi penerangan mengenai halatuju dan matlamat bengkel oleh En. Abdul Rashid Baba selaku Ketua Fasilitator dan 12 lagi fasilitator telah dilantik bagi melancarkan perjalanan bengkel. Barisan fasilitator ini terdiri daripada Ketua Seksyen dan Ketua Unit yang juga merupakan staf di PPKT. Manakala para peserta bengkel yang berjumlah seramai 31 peserta pula teridiri daripada staf PPKT dari Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan. Peserta dari IPPT tidak dapat hadir disebabkan keperluan tugas yang lebih mendesak.

Selesai sesi penerangan mengenai halatuju dan matlamat bengkel, para peserta telah dibawa untuk mengalas perut dengan sedikit jamuan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan PPKT. Para peserta kemudiannya telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk sesi ‘brain storming’ dan tugasan berkumpulan. Bengkel ini telah berjalan lancar dengan kerjasama daripada semua perserta dan fasilitator dari mula hingga ke akhirnya. Bengkel telah ditamatkan pada lebih kurang jam 4.30 petang selepas tamat sesi pembentangan dan rumusan.

 

Teks & Gambar :  Nizam


.