Ceramah “Pekerja Hebat, Gaji Berkat”

Ustaz Hadi UiTM Merbok

19 Februari 2016 - Satu Program Ceramah telah diadakan di Pusat Pengetahuan, Komunikasi Dan Teknologi pada 19 Februari 2016 bersamaan hari Jumaat pada pukul 8.30 pagi – sehingga 11.30 pagi bertempat di Bilik Seminar PPKT, Aras 2, Bangunan Eureka. Ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah Ust. Abdul Hadi Bin Hj Mohamad yang dijemput khas daripada UiTM Kampus Merbok, Sungai Petani. Tajuk yang disampaikan adalah “Pekerja Hebat, Gaji Berkat”. Seramai 50 staf PPKT telah mengikuti ceramah ini. Program ceramah ini telah dianjurkan oleh Kelab Pusat Pengetahuan, Komunikasi Dan Teknologi.

Dalam ceramah yang disampaikan terdapat banyak motivasi dan tip-tip untuk menjadi pekerja yang hebat dan mendapat gaji yang berkat telah diberikan oleh penceramah berkenaan. Salah satunya Fun At Work, iaitu kenapa kita harus seronok ditempat kerja dan apa kaitan dengan pekerja hebat. Perkara ini mungkin nampak biasa tetapi bila dikupaskan oleh penceramah ia menjadi amat menarik kerana keseronokan ini akan menjana peningkatan produktiviti, mewujudkan budaya kerja yang positif, menjadikan pekerja lebih kreatif dan inovatif. Selain itu juga, terdapat banyak cerita yang disampaikan untuk dijadikan pedoman dan panduan dalam melaksanakan perkerjaan dan menguruskan kehidupan. Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan secara berterusan bagi memberikan suntikan semangat dan sumber inspirasi kepada semua staf PPKT setelah penat menyelesaikan tangunggjawab hakiki.

 

Teks : Md Badro

Foto: Fikry

usma1a6a8a4a3a2a5expert