Ceramah Agama “Keagungan Al-Qur’an” Oleh Ustaz Zayd

Ceramah Ustaz Zayd 14Apr16

14 April 2016 - Satu lagi program ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Zayd Bin Zhari, daripada Pusat Islam, telah diadakan di Pusat Pengetahuan, Komunikasi Dan Teknologi pada jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Seminar PPKT, Aras 2, Bangunan Eureka. Ceramah yang bertajuk “Keagungan Al-Qur’an” ini telah menghuraikan peri pentingnya sebagai umat Islam, kita mempelajari bacaan A-Qur’an dengan cara yang betul serta memahami dan menghayati setiap ayat yang terdapat di dalamnya. Sebahagian kandungan Al-Qur’an itu merupakan cerita atau kisah nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu sebelum Nabi Muhammad S.A.W. yang boleh dijadikan pedoman, peringatan dan ajaran yang dipatuhi supaya umat Islam tidak terpesong dari ajaran Islam sebenar dan berjaya di dalam hidup dengan berpandukan Al-Qur’an dan hadis.

Ustaz Zayd juga telah menekankan konsep berusaha serta bersabar di dalam melakukan apa-apa amalan yang di redhai oleh Allah S.W.T., serta mengamalkan ucapan “Innalillahhiwainnailaihirojiun” apabila ditimpa musibah dan bersabar menghadapainya, tidak hanya terhad dilafazkan apabila mendapat khabar kematian. Program ceramah ini telah dianjurkan oleh Kelab Staf Pusat Pengetahuan, Komunikasi Dan Teknologi.

 

Teks & Foto: Abdul Rashid

usma1a6a8a4a3a2a5expert