Perlawanan Bola Sepak Persahabatan PPKT vs P.P.Sains Kimia

Bolasepak PPKT vs KIMIA

28 Julai 2016 - Pasukan bolasepak Kelab Pusat Pengetahuan, Komunikasi Dan Teknologi (PPKT) telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bola sepak Pusat Pengajian Sains Kimia (PPSK). Tujuan perlawanan ini adalah untuk mengalakkan staf PPKT bersukan disamping sibuk dengan tugasan harian ditempat kerja. Dalam perlawanan tersebut, PPKT telah berjaya menewaskan pasukan bola sepak PPSK 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Padang A, Universiti Sains Malaysia.

Ketua pasukan, Encik Razif Junaidy berkata, kejayaan ini adalah hadiah kepada pemain yang sentiasa memberikan komitmen tertinggi dalam setiap perlawanan.

"Walaupun pada mulanya timbul sedikit kegusaran dalam mencari kemenangan dalam perlawanan kerana pasukan lawan yang kuat dan konsisten, namun disebabkan pemain sedia ada telah lama bersama dalam pasukan, memudahkan kami memahami corak permainan antara satu sama lain", katanya.

Tambah Razif Junaidy lagi, kunci kejayaan pasukan juga bergantung kepada kerjasama pasukan yang tidak mudah mengalah walaupun mengetahui pihak lawan yang lebih kuat dan mengamalkan 'build up game', sekaligus menyukarkan mereka menembusi barisan pertahanan PPKT yang kental bertahan walaupun diasak bertubi-tubi.

 

Teks: Md Badro Hishan

Gambar : Suhairy Salim

usma1a6a8a4a3a2a5expert