Lawatan Teknikal E-Learning UUMIT ke PPKT USM

UUMIT visit 31Okt16

31 Oktober 2016 – Satu delegasi seramai 4 orang staf Pusat IT Universiti Utara Malaysia (UUMIT) daripada Unit Pengajaran & Pembelajaran (Teaching & Learning) dan Operasi Pelayan (Server Operations) telah berkunjung ke PPKT, USM. Tujuan lawatan ini adalah bagi membincangkan dan bertukar-tukar pengalaman dan kepakaran teknikal di dalam bidang pembangunan aplikasi dan operasi e-Learning antara UUM dan USM. Pasukan PPKT USM juga telah memberikan taklimat berkaitan Sistem e-Learn@USM yang telah dibangunkan hampir 13 tahun yang lalu menggunakan platform Moodles, sama seperti di UUM.

Selain daripada fungsi dan features sistem yang telah dibincangkan, kedua-dua pasukan juga telah membincangkan penggunaan dan setup pelayan (servers) yang lebih praktikal dan optimum bagi memastikan capaian dan respon yang terbaik untuk pengguna. Perbincangan juga menumpukan ke arah penggunaan aplikasi untuk gadjet seperti mobile phone untuk trend e-Learning di masa hadapan. Kedua-dua pihak bersetuju untuk saling membantu bagi menjayakan sistem e-Learning yang terbaik untuk UUM dan USM.

                                                  

Teks : Abdul Rashid

Foto: Syahril

usma1a6a8a4a3a2a5expert