Jamuan Hari Raya USM 2017

19 Julai 2017- Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan satu majlis Jamuan Hari Raya peringkat universiti yang telah diadakan di Kampus Induk, USM. Majlis ini berkonsepkan ‘portluck’ dimana setiap pusat tanggungjawab telah diberikan booth’ untuk menyajikan juadah pilihan PTJ masing-masing.

Pusat Pengetahuan, Komunikasi Dan Teknologi telah memilih untuk menyajikan menu jagung rebus dan air jagung. Penyediaan menu yang bermula dari proses mengupas kulit jagung hinggalah mengedarkan jagung dan air telah dilakukan sendiri oleh staf-staf PPKT. Pengarah PPKT juga turut mengunjungi ‘booth’ PPKT untuk merasai sendiri kemeriahan dan keenakan air jagung serta jagung rebus yang disediakan oleh staf beliau. ‘Booth’ PPKT telah mendapat kunjungan yang diluar jangkaan sehingga ramai yang sanggup beratur panjang dan dalam masa lebih kurang dua jam sebanyak 600 ketul jagung dan 500 cawan air jagung telah habis diagihkan kepada hadirin di majlis ini.

Selain daripada keenakan jagung rebus dan air jagung, staf PPKT juga menampilkan kelainan dalam menggayakan baju melayu dengan memakai tengkolok. Perkara ini telah menyebabkan selain daripada jagung, petugas juga menjadi perhatian para hadiran dimajlis berkenaan. Aktiviti ini juga dilihat dapat mengeratkan silatulrahim sesama staf. Selain itu staf dapat merasai sendiri pengalaman berniaga.

a1

a2

 

Teks: Nizam

Foto: staf PPKT

usma1a6a8a4a3a2a5expert