Lawatan Jabatan Pendidikan Politeknik Seluruh Malaysia

Lawatan Jbtn Pendidikan Politeknik Malaysia

26 Julai 2017 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi Dan Teknologi telah menerima lawatan dari Jabatan Pendidikan Politeknik seramai 40 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Politeknik dan Ketua Unit ICT Politeknik seluruh Malaysia.                                                               

Lawatan daripada Jabatan Pendidikan Politeknik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berhubung perlaksanaan ‘Microsoft Sharepoint’ di Universiti Sains Malaysia. Lawatan dimulakan dengan penerangan ringkas berkenaan sejarah penubuhan Pusat Pengetahuan, Komunikasi Dan Teknologi oleh Puan Asnah Hassan selaku Timbalan Pengarah PPKT. Puan Asnah juga turut menyampaikan maklumat mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang dijalankan oleh PPKT. Sesi penerangan mengenai perlaksanaan ‘Microsoft Sharepoint’ kemudiannya disampaikan oleh En. Khairil Anwar Jusoh, Pn. Zaiyana Muhamad Hussain, En. Muhamad Ruzaimi dan En. Mohd Shahanaz dengan topik masing-masing.

Para pelawat seterusnya dibawa untuk melawat Pusat Data USM di bangunan D37 diiringi oleh En. Razif Junaidy dan staf PPKT yang lain. Pihak Pusat Pengetahuan, Komunikasi Dan Teknologi berharap sesi perkongsian maklumat ini dapat memenuhi matlamat lawatan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik. Ada masa kita jumpa lagi…

Teks: Nizam

Foto: Staf PPKT

usma1a6a8a4a3a2a5expert