Lawatan Akademik POLIMAS

POLIMAS

21 Mac 2016 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) telah menerima kunjungan lawatan akademik dari POLIMAS (Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah) Jitra, Kedah untuk pertama kalinya. Lawatan kali ini terdiri daripada 26 orang pelajar semester keenam Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan). Lawatan ini diketuai oleh Pensyarah dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Puan Zakiah Binti Osman yang juga merupakan bekas pelajar Universiti Sains Malaysia dalam Jurusan Teknologi Maklumat

Matlamat sebenar lawatan akademik ini diadakan bertujuan untuk mendidik selain dapat memperluas ilmu pengetahuan pelajar mengenai MyREN (Malaysian Research & Education Network). Taklimat disampaikan oleh Ketua Seksyen Infostruktur, PPKT, En. Ahmad Fadhlul Irham Yusoff. Penerangan mengenai rangkaian juga turut disampaikan oleh Ketua Unit Rangkaian, Encik Shahrul Ismi Mohd Akhir sebelum para pelajar dan pensyarah pengiring dibawa melawat ke Pusat Data USM atau lebih dikenali dengan ‘ServerFarm’, bertempat di PPKT Bangunan D18 untuk melihat lebih dekat fungsi Pusat Data tersebut serta memahami dengan lebih mendalam berhubung pengurusan operasi dan Infrastruktur Pusat Data. Maklumat mengenai Pusat Data disampaikan oleh Ketua Unit Pusat Data, En. Mohd Shahanaz Asree, dan dibantu oleh En. Muhamad Ruzaimi Azizan.

Teks : Siti Syarina Abdul Manap

Gambar : Hazly Harun

usma1a6a8a4a3a2a5expert