Taklimat “Integriti Kepimpinan & Pengurusan Staf”

Ceramah Integriti 230216

23 Februari 2016 - Satu Program Taklimat Integriti telah diadakan di Pusat Pengetahuan, Komunikasi Dan Teknologi (PPKT) pada pukul 10.00 pagi – sehingga 1.00 tengahari bertempat di Bilik Seminar PPKT, Aras 2, Bangunan Eureka. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Khairul Anuar Che Azmi, Penasihat Undang-Undang USM yang dijemput khas daripada Pejabat Perundangan USM. Tajuk yang disampaikan adalah “Integriti Kepimpinan Dan Pengurusan Staf”. Seramai 53 pegawai dan staf PPKT telah mengikuti ceramah ini.

Taklimat ini telah menerangkan tentang integriti yang perlu ada sebagai penjawat awam dan sebagai staf USM. Terdapat banyak masalah berlaku apabila seseorang itu tidak ada integriti seperti penyalahgunaan kuasa, memanipulasi keadaan demi kepentingan peribadi, tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai pegawai perkhidmatan awam. Perkara-perkara tersebut telah menyebabkan masyarakat memandang serong kepada perkhidmatan awam walaupun yang melakukanya mungkin seorang. Taklimat ini juga menerangkan sepintas lalu tentang Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000. Dengan adanya taklimat ini pasti ia dapat menambah pengetahun pegawai dan staf PPKT dalam melaksanakan tugas seharian agar integriti pegawai dan staf tidak dipertikai lagi selaras dengan slogan USM, ’Kami Memimpin’.

 

Teks: Md Badro

Foto: Ikhwan

usma1a6a8a4a3a2a5expert