MAKMAL ISP 3.0 2016-2020

ISP v3

16-17 Mac 2016 – Bertempat di Bilik Seminar Enovate @PPKT, Aras 2, Kompleks Eureka, telah diadakan satu Majlis Perasmian Makmal Pelan Strategik ICT (ISP) USM 3.0 2016-2020 oleh Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Jantan (TNC Penyelidikan & Inovasi). Majlis ini juga dihadiri oleh Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. See Ching Mey (TNC Jaringan Industri & Masyarakat), CIO/Pengarah PPKT, Pengarah-pengarah CDAE, PiPPA dan PRN serta 55 peserta makmal daripada pelbagai PTJ di kesemua kampus. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh CIO/Pengarah PPKT dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh TNC Penyelidikan & Inovasi. Seterusnya majlis menandatangan dan penyerahan Service Level Commitment (SLC) di antara PPKT-CDAE, PPKT-PiPPA dan PPKT-PRN.  SLC ini bertujuan memastikan kedua-dua pihak saling memberikan komitmen dan tempoh masa respon serta keperluan yang telah ditetapkan bagi menjayakan aktiviti, kerjasama serta keperluan khusus bagi memajukan universiti dalam aspek pengajaran & pembelajaran, latihan serta kerjasama percetakan yang strategik. Majlis juga diperkenalkan dengan pelancaran aplikasi Campus Online V2 berwajah baru yang akan mula digunakan pada 1 April 2016. Lawatan oleh VIP ke bilik operasi percetakan PRN juga telah diadakan.

Sesi makmal percambahan fikiran antara para peserta telah menekankan kepada 5 teras utama di dalam ISP 3.0 2016-2020 pada kali ini, iaitu meliputi:

  1. Teras 1 – Transformasi Pembangunan Bakat & Sumber ICT
  2. Teras 2 – Pengukuhan Prasarana ICT
  3. Teras 3 – Budaya Kerja Berpandukan ICT
  4. Teras 4 – Menyokong Kecemerlangan Akademik
  5. Teras 5 – Governan ICT

Sesi pembentangan hasil dapatan di dalam 2 sesi makmal percambahan fikiran telah diadakan di sebelah pagi di hari kedua makmal. Sebanyak 5 kumpulan telah membuat persembahan masing-masing berdasarkan perincian fokus teras yang telah diberikan. Maklum balas serta cadangan oleh para peserta bagi penambahbaikan kepada mutu perkhidmatan, komitmen, respon tindakan dan penyelesaian ICT, serta keperluan asas ICT sama ada ianya untuk operasi dan strategik telah dibentangkan dan dibincangkan. Kesemua input yang diterima akan digabungkan dan dianalisis bagi menghasilkan Pelan Strategik ISP V3 2016-2020 yang lebih mantap.

                                                  

Teks : Abdul Rashid

Foto: Ikhwan/Arif/Suhairy

usma1a6a8a4a3a2a5expert