Gotong Royong Membanteras Aedes @PPKT

Gotong royong 08Apr16

08 April 2016 - Satu Program Gotong Royong bagi membanteras pembiakan aedes secara besar-besaran telah diadakan di Pusat Pengetahuan, Komunikasi Dan Teknologi bersamaan hari Jumaat pada pukul 8.30 pagi – sehingga 10.30 pagi, bertempat di Pejabat Am Bangunan Eureka, Bangunan D18 dan Bangunan D37. Program gotong royong ini telah disertai oleh seramai 30 orang staf PPKT.

Program gotong royong membanteras pembiakan aedes peringkat PPKT ini adalah bertujuan menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan USM untuk membenteras tempat-tempat pembiakan aedes serta untuk memastikan persekitaran PPKT dan USM lestari dari pembiakan aedes. Skop gotong royong ditumpukan kepada dalam dan luar bangunan. Perkara-perkara dalam bangunan yang diberikan perhatian adalah bekas pokok bunga yang ada air, kolah, botol, tin yang mengandungi air, tangki yang tidak digunakan, pelapik pasu bunga dan barang-barang yang boleh menakung air. Manakala bagi luar bangunan pula adalah seperti bekas-bekas plastik makanan dan minuman, pasu bunga, lokang-lokang keliling bangunan yang tersumbat, perabot yang tidak digunakan lagi dan lain-lain yang boleh menakung air. Semoga semangat kerjasama dan keceriaan yang ditunjukkan semasa aktiviti gotong royong ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

 

Teks:      Md Badro

Foto:     Ikhwan

usma1a6a8a4a3a2a5expert