Kerjasama Pasukan PPKT@Konvokesyen Ke-54 USM 2016

KonvoUSM 54

24-27 Oktober 2016 - Pasukan PPKT telah bersama-sama staf daripada PTJ lain membantu menyempurnakan perjalanan Upacara Konvokesyen Ke-54 USM yang telah berlangsung dengan jayanya pada 24 – 27 Oktober 2016 bertempat di DTSP. Persiapan seawal 11 Oktober 2016 dibuat bagi persediaan data, teknikal dan peralatan untuk Sistem Pergerakan Graduan (CRC) yang digunakan semasa konvokesyen. Sesi trial run penuh bersama Urus Setia dan PTPM pada 20 - 21 Oktober telah berjaya dilaksanakan. Penggunaan kad RFID yang mempunyai data pelajar yang akan graduate akan disemak melalui reader pertama bagi memastikan setiap kad RFID boleh dibaca. Seterusnya kad tersebut akan dibaca sebagai input ke sistem CRC untuk paparan nama di layar putih dan di monitor yang dibaca oleh Dekan yang berkenaan di atas pentas. Sesi upacara konvokesyen ini juga telah dibuat secara live streaming melalui youtube.com.

Dalam Upacara Konvokesyen Ke-54 USM dengan 8 sidang pada kali ini, seramai 5,941 graduan terdiri daripada seorang penerima ijazah kehormat, 275 graduan ijazah doktor falsafah, 1,000 graduan ijazah sarjana, 4,579 graduan ijazah sarjana muda dan 87 graduan diploma kejururawatan telah menerima sijil masing-masing. PPKT berasa sangat berbangga kerana En. Mohamad Khusaini Bin Jamaluddin, Juruteknik Komputer (FT22) telah menerima Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Pengurusan) bersama-sama dengan adiknya, Alfenddi, Pembantu Makmal di Pusat Pengajian Teknologi Industri, juga dalam bidang yang sama.

Syabas dan Tahniah!! Kepada En. Khusaini dan adiknya di atas kejayaan mereka, serta kepada semua staf PPKT yang telah membantu menjayakan konvokesyen pada kali ini!

 

Teks :    Abdul Rashid

Gambar: Para Jurufoto PPKT

usma1a6a8a4a3a2a5expert