Tahniah Kepada CIO/Pengarah PPKT

 

CIO BCN

26 Julai 2017 - Pusat Pengetahuan, Komunikasi Dan Teknologi (PPKT) telah menerima perkabaran gembira apabila CIO/Pengarah iaitu Encik Zulham Bin Hamdan telah dipilih untuk menerima Bintang Cemerlang Negeri (B.C.N) sempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun Ke-79, Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 8 Julai 2017. Encik Zulham Bin Hamdan telah menerima penganugerahan bintang tersebut pada 25 Julai 2017 bertempat di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang.

Seluruh warga Pusat Pengetahuan, Komunikasi Dan Teknologi merasa begitu berbangga dengan kurniaan ini dan ia menjadi sumber inspirasi kepada warga staf PPKT yang lain untuk terus berusaha dengan gigih dalam menyumbang khidmat bakti yang cemerlang terhadap PPKT, USM, Negeri dan Negara tercinta Malaysia.

 

Teks: Badro Hishan

Foto: Staf PPKT

usma1a6a8a4a3a2a5expert