Dimana Bermula ?

Dimana Bermula ?
Jika anda warga berdaftar USM yang baru, anda melangkah ke tempat yang betul untuk dapatkan segala bantuan dan maklumat berkenaan dengan sumber IT di USM.

Identity@USM. ( Active Directory )
Setiap kakitangan dan pelajar diberikan satu akaun komputer untuk penggunaan sumber IT Universiti, termasuk Internet, E-mel, perisian, storan rangkaian, dan pelbagai aplikasi yang dibangunkan untuk menyokong pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan pentadbiran. Akaun komputer ini dirujuk sebagai USM Identity Single Sign-On atau Identity@USM. Identity@USM ini terdiri daripada alamat emel dan kata laluan.

Sila rujuk FAQ Identity@USM untuk penerangan yang lebih lanjut

Capaian Internet
USMNet adalah rangkaian seluruh kampus yang saling menghubungkan bangunan, jabatan dan pengguna bersama-sama. Ia meliputi Kampus Induk Pulau Pinang, Kampus Kesihatan Kubang Kerian, Kampus Kejuruteraan Transkrian dan IPPT Bertam

Melalui Identity@USM, seseorang boleh mendapatkan sambungan USMNet (USMSecure) dengan menyambung ke satu pusat USMNet yang lain melalui sambungan wayar dan tanpa wayar dengan mudah.Akses internet tanpa wayar boleh didapati di kampus USM, di seluruh bangunan akademik dan pentadbiran.


E-mel
USM E-mel boleh diakses dengan menggunakan Microsoft Outlook atau Microsoft Outlook Web Access (OWA). Anda boleh mengakses OWA di sini http://owa.usm.my/. Jika anda terlupa kata laluan atau ID sila rujuk pautan di atas (Identity@USM) atau jika ingin bercakap dengan pegawai kami sila hubungi 04 653 4400 atau emel kami di servisdesk@usm.my


Telefon
Kami menyedia dan mengurus Infrastruktur telefon kepada WargaUSM. Ia merangkumi pendaftaran nombor sambungan (extension), naiktaraf kategori nombor, pindahan nombor mengikut lokasi pemohon, hunting, diversion dan penamatan nombor telefon. Selain itu kami juga membuat penyelengaraan set telefon sepeti pemberian set telefon baru dan penukaran unit telefon yang rosak. Jika ingin bercakap dengan pegawai kami sila hubungi 04 653 4400 atau emel kami di servisdesk@usm.my untuk maklumat lanjut.

Kad Staf/Pelajar
Seluruh warga kampus telah diberikan kad pintar peribadi (Penuh Masa, IPS, PPPJJ, Antarabangsa, DPLI) yang digunakan untuk tujuan pengenalan dan juga untuk pelbagai fungsi seperti Kemudahan Perakam Waktu pergerakan staf, Sistem Kehadiran Online, Sistem Autogate dan Sistem Pergerakan Graduan Konvokesyen.

Sokongan Teknikal

Kami menyediakan sokongan teknikal 1-Stop-Centre bagi aduan penyelenggaraan dan permohonan perkhidmatan ICT. Pendekatan kepada pelanggan melalui medium :

ic account circle black 18dp 1x http://servisdesk.usm.my
ic phone black 18dp 1x 04 653 4400
ic mail black 18dp 1x servisdesk@usm.my

Ianya merangkumi perlaksanaan, pengurusan, penyelarasan, pemantauan, penambahbaikan juruteknik, proses kerja, penyampaian perkhidmatan dengan lebih efisien, efektif dan berkualiti. Perkhidmatan yang ditawarkan:

  • Perkhidmatan Teknikal ‘On-call’ Melibatkan Installation, Konfigurasi, Health Check (Troubleshoot) e-mail, keselamatan ICT dll
  • Perkhidmatan Teknikal Rangkaian (Wired & Wifi)
  • Perkhidmatan Teknikal Telekomunikasi (Telesidang & PABX)
  • Perkhidmatan Teknikal Penyelenggaraan Dewan Kuliah / Bilik Tutorial
  • Perkhidmatan K.E.D.A.I.
  • Perkhidmatan Bengkel Baikpulih ICT
  • Perkhidmatan Bantuan Teknikal Aktiviti / Projek ICT USM
  • Perkhidmatan ‘Over Time’ Berjadual
  • Perkhidmatan kaunter wifi@PPKT

usma1a6a8a4a3a2a5expert