Sistem Pengurusan Maklumat Kesihatan

esejah

 

epanel

 

Ringkasan

Sistem Pengurusan Maklumat Kesihatan merupakan sistem yang menyimpan dan mengurus maklumat pesakit seperti jenis penyakit, rawatan, ubatan, alergi dan ujian makmal. Pesakit terdiri daripada pelajar, staf, keluarga staf dan juga keluarga pelajar yang berkelayakan. Sistem ini membantu mempercepatkan operasi harian di Pusat Sejahtera dan klinik panel. Kebergantungan staf kepada sistem amat tinggi kerana selain daripada bilangan pesakit yang semakin meningkat, data pesakit mudah dikendalikan apabila ia dipusatkan. Laporan bulanan perlu dikeluarkan setiap bulan bagi memantau kos operasi jabatan terutama yang melibatkan preskrepsi. Sistem ini terbahagi kepada 2 iaitu eSejahtera dan ePanel. Sistem eSejahtera digunakan oleh Pusat Sejahtera mula diimplementasi pada Oktober 2011 dan merupakan sistem yang dinaiktaraf daripada sistem e-Klinik versi 4. Sistem ePanel dikhaskan kepada semua panel USM dan ia mula digunakan pada tahun 2004.

Fungsi - eSejahtera

  • Mempercepatkan proses pengurusan rawatan pesakit. Menyimpan rekod-rekod rawatan pesakit, ubat, x-ray, preskripsi dan lai ujian makmal.
  • Menjana Iaporan dan statistik
  • Membantu staf Pusat Sejahtera melaksanakan proses kerja dengan sistematik.

Fungsi - ePanel

  • Menghadkan bilangan lawatan pelajar ke klinik panel sebanyak 6 kali sepanjang sidang akademik.
  • Menguruskan tuntutan bayaran klinik panel kepada USM.
  • Menyimpan rekod-rekod rawatan dan preskripsi pesakit.
  • Membenarkan warga USM yang layak sahaja untuk mendapatkan rawatan klinik panel. Memantau lawatan pelajar sebanyak 6 kali dan tuntutan klinik panel.

Pengguna

  • eSejahtera -Staf Pusat Sejahtera
  • ePanel - Semua klinik Panel USM, Jabatan Pendaftar dan Jabatan Bendahari untuk semua kampus.

Modul
eSejahtera

  • Capaian ke Modul Profil Pelajar
  • Pendaftaran
  • Saringan dan prosedur
  • Doktor
  • Dentist
  • Farmasi
  • Lab
  • Pemeriksaan Kesihatan termasuk X-Ray
  • Inventori
  • Laporan dan statistik

ePanel

  • Pendaftaran
  • Preskripsi
  • Tuntutan
  • Laporan
  • Pengesahan tuntutan
  • Pengesahan bayaran tuntutan

 

usma1a6a8a4a3a2a5expert