Rangkaian

Kami menyedia dan menguruskan kemudahan rangkaian untuk kegunaan warga USM. Ianya meliputi rangkaian LAN (Local Area Network), MAN (Metropolitan Area Network) dan WAN (Wide Area Network) yang selesa, tegar (robust), bolehpercaya (reliable) dan selamat (secure) untuk menyokong semua keperluan ICT dan Warga USM amnya.

Di antara kemudahan yang disediakan adalah

1. Akses Internet

Akses Internet disediakan melalui 2 pembekal iaitu MYREN dan TM. Akses melalui wired network akan menggunakan TM yang mempunyai kapasiti jalur lebar 1Gbps manakala akses melalui wireless network akan melalui MYREN yang mempunyai kapasiti jalur lebar 2 Gbps.

 2. ‘Wired’ Network

Terdapat lebih 5000 nod rangkaian tetap disediakan di USM. Ianya digunakan untuk menyambung pelayan, PC, printer, perkakasan rangkaian dan perkakasan-perkakasan lain ke rangkaian.

3. ‘Wireless’ Network

Kami menyediakan lebih 1000 wireless access point di sekitar kampus. Ini membolehkan pengguna terutamanya pelajar USM menggunakan perkakasan seperti telefon pintar, tablet, komputer riba untuk mengakses kesemua perkhidmatan dalam talian yang disediakan seperti campusonline, emel pelajar dan lain-lain. Pengguna boleh login ke kemudahan wifi yang disediakan menggunakan id dan kata laluan emel rasmi USM.

Di samping kemudahan akaun wifi yang disediakan kepada warga USM, pihak kami juga menyediakan kemudahan akaun wifi sementara. Akaun wifi sementara yang disediakan adalah seperti berikut :

        3.1. Guest Account

Tempoh pelawat berada di Kampus adalah kurang dari 2 bulan. PTJ terlibat perlu memaklumkan kepada pihak PPKT melalui emel/surat tentang tujuan    permohonan Guest Account ( maklumat pelawat, tujuan, jumlah peserta, lokasi, waktu acara, dsb ) sekurang-kurangnya 3 hari awal dari tempoh pelawat berada di kampus. Pihak PPKT memerlukan maklumat ini untuk tujuan rekod penggunaan Guest Account. Pengguna perlu connect ke USMWireless

 3.2. Visitor Account

Tempoh pelawat berada di Kampus adalah melebihi 2 bulan. Terdapat borang permohonan akaun visitor yang perlu diisi dan dokumen pengesahan dari PTJ terlibat perlu disertakan. Pelawat akan diberikan satu akaun khas bagi setiap individu ( cth username@visitor.usm.my ). Borang boleh dimuatturun dari http://enovate.usm.my/muat-turun/borang-permohonan-akaun-wifi-visitor

Pengguna perlu connect ke USMSecure. Konfigurasi pada peranti mungkin diperlukan. Pengguna boleh melakukan konfgurasi sendiri peranti dengan merujuk kepada https://configportal.usm.my atau boleh hadir ke Kaunter ServisDesk di bangunan D37, PPKT

4. Eduroam

Eduroam membolehkan pelajar, penyelidik-penyelidik serta kakitangan institusi yang terlibat memperolehi akses internet di seluruh kampus dan semasa melawati institusi-institusi lain yang terlibat, dengan mudah melalui laptop atau handphone dengan cara menggunakan katanama dan katalaluan yang telah sedia didaftarkan pada institusi masing-masing.

Contohnya jika Warga USM berkunjung ke UM (UM merupakan di antara institusi yang menyertai eduroam), Warga USM hanya perlu memasukkan id dan kata laluan emel @usm.my untuk menggunakan perkhidmatan rangkaian di UM. Jika Warga UM berada di USM, mereka hanya perlu memasukkan id dan kata laluan rasmi mereka (@um.edu.my) untuk membolehkan mereka menggunakan Internet di USM.

 5. Kemudahan-Kemudahan Lain

  • Menyediakan capaian oleh pengguna di luar kampus ke rangkaian USMNet secara selamat melalui penggunaan VPN (Virtual Private Network)
  • Menyediakan Pengurusan Alamat IP (Internet Protocol) dan Pendaftaran FQDN untuk keperluan peralatan dan perkakasan di dalam rangkaian
  • Menyediakan khidmat nasihat dari segi keperluan rangkaian di lokasi dan penyediaan spesifikasi keperluan untuk proses perolehan
  • Menyelaras kerja dan projek berkaitan rangkaian dengan Pusat Tanggung Jawab lain di USM seperti Jabatan Pembangunan, Jabatan Keselamatan, PTPM dan sebagainya.
  • Menyediakan Latihan Perkongsian Maklumat berkaitan rangkaian
  • Penyelesaian aduan Perkhidmatan Rangkaian Servisdesk@PPKT.
  • Menyediakan Platform status rangkaian untuk rujukan WargaUSM (http://www.nettraffic.usm.my/USMNet.html)

usma1a6a8a4a3a2a5expert