vxlogo enovate 2017

 

FAQ Eduroam USM

FAQ Eduroam USM

1. Apakah itu eduroam?
    What is eduroam?

Eduroam atau lebih dikenali sebagai ‘education roaming’ ialah perkhidmatan akses perantauan yang selamat digunakan di seluruh dunia untuk komuniti penyelidikan dan pembelajaran antarabangsa. Eduroam membenarkan pelajar, penyelidik dan staf daripada institusi-institusi yang terlibat untuk menerima kemudahan Internet apabila melawat institusi- institusi terlibat hanya dengan log masuk menggunakan id institusi mereka sendiri. Konsep eduroam adalah pengesahan pengguna dilakukan oleh institusi asal pengguna manakala kebenaran capaian ke rangkaian/internet dilakukan oleh institusi yang dilawati.

Eduroam or known as 'education roaming' is a secure access roaming service used worldwide for international research and education communities. Eduroam allows students, researchers and staff from the participating institutions to have Internet connection when visiting participating institutions by login with their institution identity. The eduroam concept is based on the fact that the user’s authentication is done by the user’s home institution, whereas the authorization decision allowing access to the network resources is done by the visited institution.

2. Di manakah saya dapat membuat capaian ke eduroam ?
    Where can I access eduroam service?

Anda boleh mencapai eduroam di lebih daripada 12,000 lokasi di seluruh dunia. Di Malaysia, kebanyakan universiti awam sudah menyertai perkhidmatan eduroam. Untuk maklumat lanjut anda boleh menyemak melalui laman web ini: www.eduroam.org.

You can access eduroam at more than 12,000 locations worldwide. In Malaysia, most public universities have joined eduroam service. For more detail you can check out this website: www.eduroam.org.

3. Saya Warga USM, bagaimanakah saya boleh membuat capaian eduroam di dalam kampus USM ?
    I am Warga USM, how do I access eduroam service in USM campus?

Anda hanya dibenarkan untuk membuat capaian melalui USMSecure sahaja di dalam USM.

You are allowed to access via USMSecure only within USM.

4. Saya bukan Warga USM, bagaimanakah saya boleh membuat capaian eduroam di dalam kampus USM?
    I am not Warga USM, how do I access eduroam service in USM Campus?

Anda boleh membuat capaian di semua lokasi di dalam kampus USM. Anda boleh layari https://cat.eduroam.org. Laksanakan tetapan ke dalam peranti anda dengan mengikuti langkah-langkah yang tertera di dalam halaman web https://cat.eduroam.org. Sekiranya institusi anda tidak tersenarai anda boleh terus menghubungi pentadbir rangkaian di kampus anda untuk mengenalpasti sama ada kampus ada menyertai eduroam.

You can make access at all locations within USM campus. Please visit https://cat.eduroam.org. Setup your device by following the steps listed on https://cat.eduroam.org. If your institution is not listed, you may contact your network administrator at your campus to determine if the campus is participating in eduroam.

5. Bagimanakah caranya untuk saya tetapkan eduroam di dalam peranti saya?
    How do I configure my devices to connect to eduroam?

Sila layari https://cat.eduroam.org, klik pada “download eduroam installer” dan pilih institusi anda. Sekiranya institusi anda tidak dipaparkan, anda boleh laksanakan carian dengan menggunakan kotak carian. Kemudian, ikuti langkah-langkah yang tertera di halaman web tersebut. Aplikasi ini akan mencadangkan tetapan yang paling bersesuaian dengan peranti anda.

Please visit https://cat.eduroam.org, click on “download eduroam installer” and choose your institution. If your institution is not listed, you can do a search by using the search box. Then, follow the steps listed on the webpage. This app will suggest the settings that best suit your device.

6. Peralatan apakah yang disokong sekiranya saya menggunakan CAT dari https://cat.eduroam.org ?
    What are devices supported if I use CAT from https://cat.eduroam.org?

Peralatan yang disokong mestilah mempunyai Wifi secara asas. Peralatan tersebut hendaklah berfungsi dengan sistem pengoperasian minima Windows Vista, Apple OS X Lion, Apple iOS, Android 4.3. Selain itu CAT juga menyokong sistem pengoperasi Linux dan Chrome OS. Sekiranya sistem pengoperasian yang digunakan adalah selain yang dinyatakan, anda boleh maklumkan pentadbir rangkaian institusi anda untuk bantuan selanjutnya.

Supported devices must have Wifi on basis. The equipment should work with minimal operating system Windows Vista, Apple OS X Lion, Apple iOS, Android 4.3. In addition CAT also supports Linux operating system and Chrome OS. If the operating system used is otherwise specified, you may wish to notify your network's network administrator for further assistance.

7. Kenapa institusi saya tidak tersenarai di dalam https://cat.eduroam.org?
    Why my institution is not listed in https://cat.eduroam.org?

Terdapat dua sebab kenapa institusi anda tidak tersenarai:
a) Pentadbir rangkaian di institusi anda tidak menyediakan kemudahan bantuan tetapan.
b) Institusi anda belum lagi menyertai eduroam.
Sila gunakan kotak carian untuk mencari institusi anda. Sekiranya masih tiada, sila hubungi pentadbir rangkaian institusi anda untuk bantuan tetapan.

There are two reasons why your institution is not listed:
a) The network administrator at your institution does not provide the settings assistance application.
b) Your institution has not yet joined eduroam.

Please use the search box to search for your institution. If still missing, please contact your institution network administrator for configuration assistance.

8. Bagaimanakah caranya untuk saya tetapkan eduroam sekiranya universiti saya tidak tersenarai di dalam https://cat.eduroam.org ?
   How do I configure eduroam if my university is not listed in https://cat.eduroam.org?

Perkhidmatan Wireless Eduroam menyokong protokol PEAP, TTLS dan MSCHAPv2. Anda boleh menetapkan peralatan anda secara manual untuk menggunakan protokol tersebut. Sekiranya anda menghadapi masalah, sila hubungi pentadbir rangkaian di institusi anda.

Eduroam Wireless service supports PEAP, TTLS and MSCHAPv2 protocols. You can set your devices manually to use the protocol. If you have any problem, please contact the network administrator at your institution.


9. Saya masih gagal untuk membuat capaian walaupun telah selesai mengikuti arahan di dalam https://cat.eduroam.org. Apa yang perlu saya lakukan?
   I still fail to connect to eduroam even though I follow instructions in https://cat.eduroam.org. What should I do?

Anda boleh laksanakan tetapan secara manual dengan menggunakan protokol PEAP, TTLS dan MSCHAPv2. Sekiranya anda menghadapi kesukaran, sila hubungi pentadbir rangkaian di institusi anda.

You can perform settings manually by using PEAP, TTLS and MSCHAPv2 protocols. If you encounter difficulties, please contact the network administrator at your institution.


.