Pengajaran dan Pembelajaran

Objektif
Unit Pengajaran dan Pembelajaran, Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi berperanan memberi latihan dan tunjuk ajar untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran ICT terutamanya di kalangan staf USM demi membentuk modal insan yang berkemahiran tinggi dan dominan serta merentasi bidang.

Skop
Skop perkhidmatan merangkumi Perancangan, Perlaksanaan, Pengurusan, Penyelarasan, Pemantauan, Penambahbaikan dan Perundingan untuk perkhidmatan pembangunan insan yang holistik.

1.    Latihan
Mengenalpasti keperluan latihan, merancang dan menganjurkan kursus secara dalaman serta menguruskan perihal latihan bagi keperluan Kemahiran Teknikal (Hard Skill) dan Kemahiran Pengurusan (Soft Skill) staf.

  • Perancangan dan perlaksanaan Latihan ICT untuk staf USM dan luar
  • Memberi khidmat-bantuan kepada staf USM perihal perisian ICT (Automasi Pejabat)
  • Merangka keperluan Latihan Staf PPKT
  • Mengenal pasti keperluan dan pembangunan modul latihan ICT
  • Penyelesaian Masalah atau bantuan berkaitan perisian ICT
  • Sila layari : http://upp.enovate.usm.my/web

2.    Makmal dan Teknikal
Memastikan keperluan makmal dan teknikal di Eureka memenuhi kehendak dan sedia-digunakan. Juga sebagai sumber penjanaan pendapatan PPKT.

  • Memastikan keperluan makmal dan teknikal di Eureka memenuhi kehendak dan sedia-digunakan
  • Tempahan penggunaan Makmal Komputer kepada warga USM
  • Sewaan Makmal Komputer kepada masyarakat luar

3.    Sokongan kepada E-Pembelajaran
Memberi bantuan sokongan teknikal sepenuhnya kepada pihak CDAE dalam menjayakan perlaksanaan E-Learn@USM,  Memberi bantuan sokongan dan keperluan teknikal kepada aktiviti Elearning@USM; (Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik, CDAE)

usma1a6a8a4a3a2a5expert