Pentadbiran & Aset

Objektif
Seksyen Aset dan Sokongan Teknikal bertanggungjawab dalam keperluan Kad Pintar, Servisdesk & Sokongan Teknikal dan Pengurusan Aset ICT kepada Warga Kampus ke arah Misi dan Visi USM berdasarkan sumber-sumber tersedia.

Skop
Skop perkhidmatan merangkumi Perancangan, Perlaksanaan, Pengurusan, Penyelarasan, Pemantauan, Penambahbaikan dan Perundingan untuk Perkhidmatan Kad Pintar, Perkhidmatan Servisdesk & Sokongan Teknikal dan Perkhidmatan Pengurusan Aset dan Inventori ICT yang cekap dan berkesan.

i. Perkhidmatan Kad Pintar

  • Menyediakan kad Pintar USM dalam bentuk Kad Pelajar (Penuh Masa, IPS, PPPJJ, Antarabangsa, DPLI), Kad Staf dan Kad Afiliasi
  • Menyediakan Penyelesaian Kemudahan Perakam Waktu pergerakan staf dan Door Access yang merangkumi Sistem dan Perkakasan
  • Menyediakan Sistem Kehadiran Online untuk pemantauan pergerakan dan tuntutan lebih masa staf
  • Menyediakan kemudahan Sistem Autogate di Pintu Masuk dan Keluar USM
  • Menyediakan Sistem Pergerakan Graduan Konvokesyen

ii. Perkhidmatan Servisdesk & Sokongan Teknikal
( ServisDesk@PPKT http://servisdesk.usm.my/ )

  • Merupakan sokongan teknikal peringkat pertama PPKT untuk sebarang keperluan ICT
  • Menyediakan bantuan tambahan teknikal untuk keperluan khusus berdasarkan permohonan dan aktiviti untuk semua Perkhidmatan di PPKT
  • Perkhidmatan pembaikan ke atas peralatan ICT seperti perakam waktu, scanner, printer( dot matrik, inkjet, deskjet dan laser printer)
  • Perkhidmatan PC-Docs merangkumi penyelenggaraan dan baik pulih kelengkapan Komputer yang rosak seperti papan induk, cakera keras, cakera liut , tetikus dan lain-lain.
  • Menyediakan Latihan Perkongsian Maklumat dari segi teknikal perkakasan ICT
  • Memberi khidmat nasihat kepada pengguna secara atas talian.

iii. Perkhidmatan Aset dan Inventori Universiti

  • Melaksana pengurusan aset PPKT mengikut Tatacara Pengurusan Aset Dan Inventori Universiti.
  • Bertanggungjawab dalam proses pengagihan, penyelenggaraan dan pemulangan komputer kepada PTJ.
  • Mengurus aktiviti ‘E-Waste’ USM.
  • Mengeluarkan Sijil Layak Lupus (KEW-PA 16) untuk PTJ termasuk Agensi Luar.
  • Menyediakan laporan berbentuk KEW-PA dan laporan serta statistik lain untuk pelbagai pihak seperti PPKT, Jabatan Bendahari dan Audit..

usma1a6a8a4a3a2a5expert