OBJEKTIF :
- Memurnikan perkhidmatan ICT bagi warga USM melalui sokongan teknikal dan bantuan perkhidmatan pelanggan.
- 1-Stop Centre bagi aduan penyelenggaraan dan permohonan perkhidmatan ICT @USM.
- Menzahirkan perkhidmatan PPKT ke arah penyampaian perkhidmatan dengan lebih efisien, efektif dan berkualiti kepada warga USM.
SKOP :
Skop perkhidmatan merangkumi Perancangan, Perlaksanaan, Pengurusan, Penyelarasan, Pemantauan, Penambahbaikan dan Perundingan untuk Perkhidmatan servisdesk@PPKT, Perkhidmatan Sokongan Teknikal dan Perkhidmatan Kad Pintar.
PERKHIDMATAN servisdesk@PPKT
OBJEKTIF :
- Memurnikan perkhidmatan ICT bagi warga USM melalui kaunter perkhidmatan servisdesk@PPKT dan sistem servisdesk@PPKT.
- 1-Stop-Centre bagi aduan penyelenggaraan (incident management) dan permohonan perkhidmatan (request fullfilment) ICT.
- Pemantauan bagi setiap aduan dan permohonan ICT.
- Merupakan sokongan teknikal peringkat pertama PPKT untuk sebarang keperluan ICT.
Pendekatan kepada pelanggan melalui medium :
- Sistem servisdesk@PPKT ext 4400 (talian telefon)
- Kaunter servisdesk@PPKT (‘walk in’ (Bangunan D37, Level Bawah, PPKT)
- email (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / Email staf
- Surat / fax dll
PERKHIDMATAN TEKNIKAL
SKOP :
merangkumi perlaksanaan, pengurusan, penyelarasan, pemantauan, penambahbaikan juruteknik, proses kerja, penyampaian perkhidmatan dengan lebih efisien, efektif dan berkualiti.
Menawarkan Perkhidmatan Kepada Warga USM (Pelajar & Staf) Melalui :
- Perkhidmatan Teknikal ‘On-call’ Melibatkan Installation, Konfigurasi, Health Check (Troubleshoot) e-mail, keselamatan ICT dll
- Perkhidmatan Teknikal Rangkaian (Wired & Wifi)
- Perkhidmatan Teknikal Telekomunikasi (Telesidang & PABX)
- Perkhidmatan Teknikal Penyelenggaraan Dewan Kuliah / Bilik Tutorial
- Perkhidmatan K.E.D.A.I.
- Perkhidmatan Bengkel Baikpulih ICT
- Perkhidmatan Bantuan Teknikal Aktiviti / Projek ICT USM
- Perkhidmatan ‘Over Time’ Berjadual
- Perkhidmatan kaunter wifi@PPKT
PERKHIDMATAN KAD PINTAR
SKOP :
perlaksanaan, pengurusan, penyelarasan, pemantauan serta pembangunan teknikal dan aplikasi yang berkaitan dengan Kad Pintar USM. Menyediakan perkhidmatan kepada warga USM (Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan, Kampus Kesihatan) melalui :
- Penyediaan Kad Pelajar, Kad Staf dan Kad Afiliasi
- Penyediaan Kemudahan Perakam Waktu Kehadiran
- Penyediaan Kemudahan Door Access
- Penyediaan Kemudahan Sistem Autogate
- Penyelenggaraan alatan photocapture, pencetak kad, perakam kehadiran, door access dan gate access.
- Pengurusan dan pembangunan aplikasi berkaitan Kad Pintar USM
- Sistem Kehadiran Staf Online
- Sistem Pergerakan Graduan Konvokesyen (USMCRC)
- Sistem door access
- Sistem Kad Warga Afiliasi
- Sistem E-Attendance
- Sistem Pinjaman Buku Perpustakaan,
- Sistem Penerimaan Rawatan Di Pusat Sejahtera
- Daftar Diri Aktiviti Universiti : Kursus, Seminar, Ceramah dll