vxlogo enovate 2017

 

eCuti

ecuti

Ringkasan
Aplikasi eCuti V2 yang dilancarkan pada tahun 2010 merupakan penambahbaikan daripada Sistem Permohonan Cuti secara online versi pertama yang digunakan pada tahun 2008. la merupakan sebahagian dari sistem pengautomasian pejabat khususnya di dalam proses permohonan dan pengurusan cuti universiti. Aplikasi yang telah ditambahbaik dengan ciri-ciri baru yang lebih lengkap dan sistematik ini menjadikannya lebih mesra pengguna, interaktif dan merupakan instrumen penting kepada pihak pengurusan dalam membuat keputusan yang melibatkan cuti staf, di samping melestarikan penggunaan masa dan penjimatan kertas universiti.

Fungsi
Memohon, merekod, memantau dan menguruskan cuti staf secara online.

Jenis
Aplikasi Web.

Pengguna

  • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pusat Tanggungjawab.
  • Kakitangan Universiti.

Modul

  • Carta Cuti —Taburan cuti yang telah dipohon oleh staf.
  • Permohonan Perbekalan Cuti Universiti — Borang permohonan secara online.
  • Permohonan Pengumpulan Cuti Rehat— Permohonan cuti dibawa kehadapan dan award wang tunai
  • Semakan Rekod/Permohonan Cuti — Semakan status cuti dan rekod permohonan cuti yang telah diambil serta semakan award wang tunai.
  • Laporan — Pelbagai jenis laporan cuti dan statistik cuti staf untuk kegunaan pihak pengurusan.

Pautan : http://campusonline.usm.my/

{backbutton}

HCMS (Human Capital Management System)

hcms

Ringkasan
Human Capital Management System (HCMS) dibangunkan oleh PPKT bagi membantu pihak universiti mencapai data dengan lebih pantas, tepat dan telus. Kelebihan HCMS dapat dilihat menerusi peranannya dalam penilaian proses kenaikan pangkat, dan juga pelaksanaan penilaian prestasi tahunan staf. Sistem ini menghubungkait strategi jabatan dengan kerja operasi harian menggunakan empat perspektif utama iaitu Learning & growth, internal processes, customer dan juga financial. Ia menggunakan one point online entry sebagai platform untuk kemasukan data bagi Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Penilaian Prestasi (LPP)

Menerusi HCMS, proses kenaikan menjadi lebih mudah memandangkan CV boleh dijana terus untuk proses penilaian. Malah, capaian terus menerusi internet mememudahkan pegawai untuk mengemaskini pencapaian hasil tugas, penghasilan inovasi/kreativiti, pemgembangan ilmu dan kemahiran, perundingan dan sanjungan kepakaran dan khidmat universiti/ khidmat masyarakat mereka di mana-mana jua dan pada bila-bila masa yang diperlukan.

Fungsi
Merekod dan menyimpan maklumat Sasaran Kerja Tahunan, Laporan Prestasi, Butir Jaya Diri dan Curriculum Vitae staf.

Jenis
Aplikasi Web.

Pengguna
Kakitangan Pentadbiran dan Akademik Universiti.

Modul

  • Utama — Memaparkan Perancangan Jabatan dan Perancangan bahagian.
  • SKT— Deskripsi Tugas, Sasaran Tugas, Laporan Bulanan, Laporan/Ulasan, Cetakan SKT.
  • LPP — Latihan (Maklumat CPD), Markah LPP (2 tahun), Cetakan LPP.
  • Butir Jaya Diri — Paparan ButirJaya Diri staf pentadbiran.
  • CV— Paparan CV untuk staf akademik.
  • Komen Pengguna — Ruangan untuk staf memberi maklum balas berkenaan sistem.
  • Statistik — Paparan laporan RU untuk Penolong Pendaftar
  • Admin —Pendaftaran Bahagian, Penetapan Penilai untuk staf, Penetapan Penyelaras HCMS untuk PTJ.

Pautan : http://campusonline.usm.my/

{backbutton}

MyCSD

mycsds

Ringkasan
MyCSD diperkenalkan oleh pihak HEP untuk mengenalpasti kecenderungan dan kewibawaan seseorang pelajar. la adalah satu pengiktirafan kepada pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum sepanjang pengajian pelajar di universiti. Terdapat tujuh teras utama yang digunakan untuk mengklasifikasikan setiap aktiviti pelajar. Tujuh teras tersebut ialah :

1.    Rekacipta & lnovasi,
2.    Khidmat Masyarakat,
3.    Debat & Pidato,
4.    Kesukarelawan Keusahawanan,
5.    Kepimpinan,
6.    Kebudayaan
7.    Sukan/Rekreasi.

Pelajar akan diberikarikan transkrip kokurikulum setelah tamat pengajian. MyCSD juga memperkenalkan mata aktiviti berdasarkan pencapaian dan penglibatan pelajar dalam sesuatu projek atau pertandingan. Mata aktiviti digunakan sebagai merit untuk pemilihan penginapan desasiswa pada setiap hujung semester. Secara tidak langsung, ia memberi impak kepada minat pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan.

Fungsi
• Merekod aktiviti pelajar sepanjang pengajian di universiti.
• Menghasilkan transkrip kokurikulum.
• Mengenalpasti kebolehan seseorang pelajar dalam pelbagai aspek.

Jenis
Aplikasi Client dan Web

Pengguna
HEP, Desasiswa

Modul.

  • Paparan aktiviti berasaskan tujuh teras beserta dengan mata aktiviti di Campus Online
  • Pendaftaran projek.
  • Pendaftaran dan pengesahan penglibatan pelajar dalam aktiviti.
  • Laporan
  • Cetakan transkrip MyCSD

Pautan : http://campusonline.usm.my/

{backbutton}

 

Campus Online ( Portal Staf )

cmo

Ringkasan
Campus Online telah dibangunkan pada tahun 2010 bagi menggantikan Portal Kampus Sejahtera yang dilancarkan pada tahun 2008. Aplikasi versi baru ini lebih terperinci dari segi persembahan maklumat dan digunakan sepenuhnya oleh pihak pengurusan Universiti untuk menyemak maklumat staf.

Fungsi
Aplikasi ini memaparkan semua maklumat berkaitan staf sepanjang perkhidmatan di Universiti. Antara maklumat tersebut ialah peribadi, perkhidmatan dan persaraan. Aplikasi ini juga menjadi medium capaian bagi pengguna untuk mengakses aplikasi berasaskan web yang disediakan universiti.

Jenis
Aplikasi Web

Pengguna
Pihak Pengurusan & Kakitangan Universiti

Modul
Profil
:

  • Maklumat CV
  • Perkhidmatan
  • Maklumat Pinjaman
  • Cuti Dalam Perkhidmatan
  • Latihan
  • Perisytiharan Harta

Aplikasi   

  • HCMS
  • E-Insurans eFAS
  • e-Cuti
  • e-Harta
  • eCounter V2
  • MyCPD V2
  • Kehadiran Online
  • CV Jabatan

Pautan : http://campusonline.usm.my/

{backbutton}


.