vxlogo enovate 2017

 

Pendaftaran Kursus (e-Daftar & Online Registration)

dafkur

Ringkasan

Pelajar ijazah tinggi menggunakan Online Registration untuk memperbaharui pendaftaran diri (pelajar penyelidikan) dan mendaftar kursus untuk setiap semester (pelajar mod campuran dan kerja kursus). Manakala bagi pelajar ijazah pertarna, mereka menggunakan aplikasi edaftar sebagai platform untuk mendaftar kursus. Kedua-dua sistem ini dicapai melalui portal Campus Online dalam jangka masa yang ditetapkan setiap semester.

Fungsi

  • Membolehkan proses pembaharuan pendaftaran diri pelajar dan kursus secara dalam talian.
  • Pelajar tidak dibenarkan mendaftar kursus atau memperbaharui sekiranya berhutang dan tidak menghantar laporan kemajuan.
  • Membuat penapisan pendaftaran berdasarkan syarat-syarat kursus yang ditetapkan.
  • Kursus bahasa didaftarkan mengikut agihan kelas yang telah ditetapkan (e-Daftar sahaja).
  • Menyediakan kemudahan untuk pembayaran secara dalam talian dengan kerjasama pihak Bendahari (Online Registration sahaja).

Jenis
Aplikasi Web.

Pengguna
Pelajar ljazah Pertama dan siswazah USM.

Modul

  • Pendaftaran Kursus bersama semakan syarat.
  • Cetakan slip/ bil yuran.
  • Capaian kepada sistem pembayaran bendahari (e-Fas).

{backbutton}

Profil Pelajar ( Portal Campus Online)

smupp

Ringkasan

Sistem dibangunkan dalam persekitaran web untuk memudahkan capaian semua warga USM iaitu staf dan pelajar. Modul profil pelajar menyediakan kemudahan kepada staf untuk membuat semakan maklumat peribadi, pengajian, akademik dan aktiviti kokurikulum pelajar melalui capaian di sistem SMUPJPEND, SMUPPENG dan SMUPIPS. Selain itu portal ini membolehkan pelajar melihat secara terperinci maklumat yang sama seperti paparan staf melalui login Campus Online.

Fungsi

  • Membantu staf untuk mendapatkan maklumat pelajar dengan cepat melalui proses carian.
  • Memaparkan maklumat peribadi, pengajian dan akademik kepada pelajar secara langsung.
  • Bertindak sebagai one-stop-centre kepada pelajar untuk mencapai beberapa aplikasi lain yang berkaitan.

Jenis
Aplikasi Web

Pengguna
Semua warga USM (Staf dan pelajar).

Modul

  • Maklumat peribadi, akademik, aktiviti pelajar dan cetakan slip peperiksaan.
  • Capaian ke e-Daftar.
  • Capaian ke Permohonan Desasiswa.
  • Capaian ke e-Survey dan myKerjaya untuk graduan. Online Registration, Progress Report & Fellowship Extension (Pelajar IPS).
  • Penawaran Kursus. Capaian ke akaun pelajar.

Pautan : http://campusonline.usm.my/

{backbutton}

Sistem Pengurusan Pelajar Universiti

grassi

Sistem Pengurusan Di Jabatan Pendaftar (SMUPJPEND)

  • Proses kemasukan pelajar penuhmasa dan jarak jauh
  • Pendaftaran pelajar
  • Kemaskini maklumat pengajian dan peribadi pelajar Proses pengijazahan
  • SISTEM PENGURUSAN SISWAZAH (SMUP-IPS) Proses kemasukan pelajar siswazah Pendaftaran pelajar Kemaskini maklumat pengajian dan peribadi pelajar
  • Proses pengijazahan

Sistem Pengurusan Di Pusat Tanggungjawab (SMUPPENG)

  • Pendaftaran kursus
  • Proses kemasukan markah kerja kursus dan peperiksaan
  • Kemaskini
  • Pengurusan viva dan pemeriksa bagi pelajar mod penyelidikan IPS.

Sistem Pengurusan Bahagian Hal Ehwal Pengurusan Pelajar (SMUP-BHEPP)

  • UPPU - Mengurus permohonan dan hal ehwal penginapan/penempatan pelajar di semua desasiswa.
  • DESASISWA-Mengurus proses agihan penginapan dan proses daftar masuk, keluar desasiswa.
  • AKTIVITI-Mengurus maklumat penglibatan pelajar dalam aktiviti (persatuan projek, pimpin siswa.
  • BIASISWA - mengemaskini status hutang pelajar.
  • KERJAYA - Mengurus maklumat pelajar selepas tamat pengajian
  • KAUNSELING - Mengurus maklumat kerjaya, eSurvey serta pelajar probation untuk diberi kaunseling.
  • PETAS - Mengurus maklumat pelajar tanpa asrama (PETAS).

{backbutton}

Sistem Maklumat Universiti - Pelajar (SMU-P)

smup

Ringkasan

Sistem sokongan yang dibangunkan bertujuan untuk menyokong pengurusan universiti dengan memastikan pengurusan dan pengendalian urusan akademik dan juga hal ehwal pembangunan pelajar sentiasa berjaya dilaksanakan dengan berkesan. Sokongan dan bantuan yang diberikan adalah selaras dengan perkembangan teknologi, keperluan universiti dan juga bilangan pelajar yang semakin bertambah. SMU-P ini berkeupayaan menguruskan maklumat pelajar penuh masa, jarak jauh, franchais dan siswazah bermula dari tahun pertama sehingga pelajar berijazah. Maklumat mereka disimpan dan dikendalikan secara berpusat dan berintegrasi.

Fungsi

  • Menyediakan platform kepada pengurusan universiti supaya boleh melaksanakan pentadbiran dengan bantuan teknologi (client atau web based)
  • Menyediakan sistem yang integrasi supaya maklumat sentiasa terkini.
  • Menyediakan aplikasi yang membantu pentadbiran hal ehwal dan akademik pelajar.
  • Menyediakan keperluan laporan dan statistik.
  • Membantu pasukan IT di PTJ dari segi perkongsian maklumat pelajar.
  • Menyalurkan maklumat pelajar dalam bentuk laporan dan statistik.
  • Melakukan penyenggaraan aplikasi (client atau web based).
  • Bertindak sebagai platform rujukan dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan data pelajar.
  • Menyelesaikan aduan daripada Perkhidmatan Servisdesk®PPKT.
  • Menjadi medium perantara supaya proses manual dapat ditransformasikan ke proses yang lebih mudah menggunakan bantuan teknologi IT.

Jenis

Aplikasi Client dan Web

Pengguna

  • Bahagian Akademik di Jabatan Pendaftar: Unit Kemasukan, Unit Pemprosesan Data & Rekod, Unit Peperiksaan, Unit Usahasama Akademik.
  • Institut Pengajian Siswazah (IPS).
  • Pusat Pengajian / Pusat.
  • HEP, Desasiswa.

Pautan : http://campusonline.usm.my/

 {backbutton}


.