vxlogo enovate 2017

 

Prosedur permohonan laman web baru

Perjumpaan pertama dengan pemohon untuk lihat keperluan pemohon.

  1. Nama laman web :
  2. Tarikh laman web dibuka :
  3. Peringkat : Local / International
  4. Bahasa : ENG/BM
  5. Nama domain : http://nama.usm.my atau http://www.nama.usm.my
  6. Sediakan Sitemap / Peta laman : http://enovate.usm.my/sitemap dalam softcopy dan emelkan kepada pembangun laman web.
  7. Sistem ePayment : Jika perlu pemohon akan dihubungi oleh En. Azrul untuk tindakan seterusnya.
  8. Susunatur / layout berdasarkan pilihan template di bawah :

Prosedur permohonan pembangunan laman web baru
Berikut merupakan prosedur permohonan pembangunan laman web baru di dalam Sistem Servisdesk PPKT ( http://campusonline.usm.my )

  1. Login portal campusonline
  2. Klik icon “Servsidesk” atau klik menu Aplikasi > Servisdesk
  3. Pilih “PPKT INDUK (INDUK)”
  4. Klik icon “PPKT INDUK (INDUK)”
  5. Pada bahagian Borang di sebelah kanan, klik pautan “Daftar Aduan / Permohonan”
  6. Klik icon “PERMOHONAN PERKHIDMATAN ICT”
  7. Klik pautan “APLIKASI / LAMAN WEB BARU”

    • ds
  8. Pada bahagian “Kategori/Sistem”, pilih “LAMAN WEB”
  9. Isi maklumat lain yang di perlukan
  10. Klik butang “Submit”
  11. Jika berjaya, no tiket akan di jana.
  12. Cetak borang permohonan.
  13. Sahkan borang permohonan dengan pihak ketua jabatan.
  14. Mengisi “Dokumen Keperluan Pengguna”. Boleh di perolehi di sini: http://enovate.usm.my/muat-turun/dokumentasi-sistem-maklumat?download=34:dokumen-keperluan-pengguna .
  15. Sahkan “Dokumen Keperluan Pengguna”
  16. Hantar borang permohonan bersama dengan “Dokumen Keperluan Pengguna” kepada:

    Ketua Bahagian Sistem Maklumat
    Pejabat CIO, Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi,
    Aras 2, Kompleks Eureka

  17. Ketua Bahagian Sistem Maklumat akan menerima borang dan dokumen tersebut untuk pengesahan.
  18. Setelah di sahkan, pasukan projek pembangunan akan di bentuk.
  19. Ketua projek akan hubungi pemohon untuk tindakan seterusnya.
  20. Pemohon akan emelkan sitemap, pilihan template dan nama domain.
  21. Pembangunan laman web bermula ( anggaran masa 1 – 2 minggu ) dari tarikh serahan sitemap.
  22. Selepas laman web dibangunkan, pautan Iaman web tersebut akan diserahkan kepada pemohon melalui emel beserta pautan latihan http://enovate.usm.my/galeri/video/153-video-tutorial untuk kemaskini laman web.
  23. Selepas semua info dikemaskini pemohon perlu memaklumkan semula kepada pihak PPKT.
  24. Pihak PPKT akan sediakan server, daftarkan domain, konfigurasi dan membuat semakan keselamatan laman web. Selepas selesai pihak PPKT akan memaklumkan semula kepada pemohon.


.