vxlogo enovate 2020

 

  • Utama
  • Perkhidmatan
  • Bahagian Infostruktur
  • Unit Emel & Pengurusan Dokumen

UNIT EMEL & PENGURUSAN DOKUMEN

OBJEKTIF

Unit Emel & Pengurusan Dokumen (UEPD), Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi berperanan memberi perkhidmatan sokongan kepada warga universiti untuk menggunakan kemudahan emel dan pengurusan dokumen. Perkhidmatan Emel dan Pengurusan Dokumen berfokus di kalangan staf dan pelajar USM bagi meningkatkan produktiviti dan kolaborasi di dalam pentadbiran dan pengurusan Universiti.

Skop
Skop perkhidmatan merangkumi perancangan, perlaksanaan, pengurusan, penyelarasan, pemantauan, penambahbaikan dan perundingan serta khidmat nasihat untuk perkhidmatan sokongan ICT yang berterusan.

1. PERKHIDMATAN EMEL

Memastikan Perkhidmatan Emel berjalan dengan lancar pada setiap masa untuk kemudahan pelajar dan staf Universiti.

  • Menyediakan Perkhidmatan Pentadbir Emel Jabatan secara kendiri.
  • Menyediakan Latihan Perkongsian Maklumat berkaitan penggunaan aplikasi emel.
  • Penyelesaian aduan atau Permohonan Perkhidmatan Emel di Servisdesk@PPKT.
  • Memberi khidmat-bantuan kepada staf dan pelajar USM perihal perisian emel.
  • Memberi khidmat nasihat kepada pengguna akaun yang telah digodam. (hacked account)
  • Mengenalpasti keperluan dan penciptaan Distribution Group

2. SHAREPOINT ONLINE & ONE DRIVE

Skop perkhidmatan merangkumi Perancangan, Perlaksanaan, Pengurusan, Penyelarasan, Pemantauan, Penambahbaikan dan Perundingan untuk perkhidmatan storan berasaskan ‘cloud’ yang digunakan untuk menyimpan, berkongsi dan mengurus maklumat digital dalam sesebuah organisasi. Microsoft Sharepoint Online adalah satu platform storan yang selamat untuk digunakan di USM.

MICROSOFT SHAREPOINT ONLINE
  1. Mencipta tapak sharepoint berdasarkan permohonan dan keperluan pengguna.
  2. Mencadangkan struktur dokumen dan app yang berkaitan dan bersesuaian tapak sharepoint.
  3. Menyediakan Latihan Perkongsian Maklumat berkaitan penggunaan aplikasi MS Sharepoint.
  4. Memberi khidmat-bantuan kepada staf dan pelajar  USM perihal perisian Sharepoint.
 ONEDRIVE (PERSONAL STORAGE) 
  1. Menyediakan Latihan Perkongsian Maklumat berkaitan penggunaan aplikasi OneDrive.
  2. Memberi khidmat-bantuan kepada staf dan pelajar USM perihal perisian OneDrive

3. MS TEAMS

Merancang dan mengkaji feasibiliti aplikasi MS Teams di dalam Organisasi USM. Memberi bantuan sokongan teknikal sepenuhnya kepada warga universiti di dalam penggunaan aplikasi Microsoft Teams baik secara teknikal mahupun pengurusan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Emel & Pengurusan Dokumen, sila layari https://uepd.usm.my


.