vxlogo enovate 2020

 

  • Utama
  • Perkhidmatan
  • Bahagian Pentadbiran & Sokongan Teknikal
  • Seksyen Aset & Sokongan Teknikal

Seksyen Aset & Sokongan Teknikal

OBJEKTIF

Seksyen Aset dan Sokongan Teknikal yang terdiri daripada Unit Pengurusan Aset dan Unit Sokongan Teknikal bertanggungjawab dalam melaksanakan Pengurusan Aset ICT serta memberikan Sokongan Teknikal kepada Warga Kampus ke arah Misi dan Visi USM berdasarkan sumber-sumber tersedia.

SKOP

Skop perkhidmatan merangkumi Perancangan, Perlaksanaan, Pengurusan, Penyelarasan, Pemantauan, Penambahbaikan dan Perundingan untuk Perkhidmatan Sokongan Teknikal dan Perkhidmatan Pengurusan Aset dan Inventori ICT yang cekap dan berkesan.

UNIT PENGURUSAN ASET

  • Melaksana pengurusan aset PPKT mengikut Tatacara Pengurusan Aset Dan Inventori Universiti.
  • Bertanggungjawab dalam proses permohonan komputer untuk pinjaman jangka pendek bagi program rasmi yang dianjurkan oleh universiti.
  • Bertanggungjawab dalam proses pengagihan dan pemulangan komputer hanya melibatkan komputer (komputer meja dan komputer riba) yang dibekalkan oleh PPKT sahaja.
  • Mengurus pelupusan alatan komputer USM (Kampus Induk sahaja).
  • Mengeluarkan Sijil Layak Lupus (KEW-PA 16) untuk PTJ termasuk Agensi Luar

UNIT SOKONGAN TEKNIKAL

  • Merupakan sokongan teknikal peringkat pertama PPKT untuk sebarang keperluan ICT melalui perkhidmatan ServisDesk@PPKT.
  • Menyediakan bantuan tambahan teknikal untuk keperluan khusus berdasarkan permohonan dan aktiviti untuk semua Perkhidmatan di PPKT.
  • Perkhidmatan servis dan pembaikan minor ke atas peralatan ICT seperti perakam waktu, scanner, printer (dot matrik, inkjet, deskjet dan laser printer).
  • Menyediakan Latihan Perkongsian Maklumat dari segi teknikal perkakasan ICT.
  • Menyokong dari segi teknikal dalam penyediaan kad Pintar USM iaitu Kad Pelajar (Penuh Masa, IPS, PPPJJ, Antarabangsa, DPLI), Kad Staf dan Kad Afiliasi.
  • Menyediakan Penyelesaian Kemudahan Perakam Waktu dan Door Access yang merangkumi Sistem dan Perkakasan.
  • Menyediakan Sistem Kehadiran Online untuk pemantauan pergerakan staf.
  • Menyediakan kemudahan Sistem Door Access untuk menjamin keselamatan fasiliti dalam USM.
  • Menyediakan kemudahan Sistem Autogate di Pintu Masuk dan Keluar USM.
  • Menyediakan Sistem Pergerakan Graduan Konvokesyen.


.