vxlogo enovate 2020

 

Unit Pembelajaran Digital

Objektif

Unit Pembelajaran Digital bertanggungjawab dalam menyedia dan memberi perkhidmatan dari sudut keperluan pembelajaran secara atas talian dan sokongan teknikal keatas sistem pembelajaran secara online kepada Warga Kampus ke arah Misi dan Visi USM berdasarkan sumber-sumber tersedia.

 

Skop

Skop perkhidmatan merangkumi Perancangan, Perlaksanaan, Pengurusan, Penyelarasan, Pemantauan, Penambahbaikan dan Perundingan untuk perkhidmatan pembelajaran digital

 

Perkhidmatan Unit Pembelajaran Digital

  • Memberi bantuan sokongan teknikal sepenuhnya kepada pihak Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik (CDAE) dalam menjayakan perlaksanaan eLearn@USM
  • Memberi bantuan sokongan teknikal sepenuhnya kepada pihak Pusat Transformasi Insan (PTI) dalam menjayakan perlaksanaan ePTI@USM(eMyCPD)
  • Memberi bantuan sokongan teknikal kepada Unit Peperiksaan dan Pengijazahan dalam menjayakan pelaksanaan peperiksaan atas talian
  • Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal keatas sistem berkaitan pembelajaran digital


.